Insurans Untuk Syarikat dan Korporat A-SME Platinum-i

Insurans Untuk Syarikat dan Korporat

AIA A SME Platinum-i
AIA A SME Platinum-i

A-SME Platinum-i 


A-SME Platinum-i adalah satu bentuk Takaful Berkumpulan atau Group Takaful Insurance yang melindungi pekerja dalam sesebuah syarikat atau organisasi. Organisasi sekecil 5 orang hingga 100 orang (jika 5-10 orang, perlu Health Declaration Form dan harga mungkin berbeza, harap maklum).



3 Kelebihan Utama kepada Syarikat untuk mengambil Takaful Berkumpulan dengan AIA Public Takaful:

1- Dapat menjimatkan kos kerana boleh digunakan untuk potongan cukai pendapatan syarikat dan menjaga kebajikan pekerja sekaligus.
2- Mengekalkan prestasi pekerja 
3- Mengekalkan kesetiaan pekerja di dalam sesebuah syarikat kerana kelebihan "kemudahan kesihatan" terjaga.
Untuk sesebuah syarikat atau organisasi menarik, memotivasi dan mengekalkan pekerja yang baik adalah satu cabaran yang besar. Pekerja anda merupakan penggerak di belakang perniagaan anda dan sebagai majikan yang bertanggungjawab, adalah penting bagi anda untuk melabur dalam kesejahteraan mereka. Kemudahan perubatan atau kesihatan staf adalah asas dan jika kemudahan asas pun tak dapat disediakan, pasti staf atau pekerja akan melompat ke syarikat lain dalam masa 1-2 tahun.

Melaburlah di dalam A-SME Platinum-i dan anda boleh memastikan kebajikan pekerja anda akan dijaga degan baik. Pekerja yang bekerja di syarikat anda bukan sahaja bekerja, tapi mereka berasa seperti dilindungi dalam satu keluarga yang lebih besar.

A-SME Platinum-i direka bagi menguruskan pelan faedah pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana terutamanya untuk 5-150 orang pekerja. 

Ia menyediakan perlindungan maksimum untuk keadaan yang tidak dijangka seperti kematian/kehilangan upaya, penyakit kritikal dan kos perubatan yang semakin meningkat. Disamping itu, pihak pengurusan syarikat juga boleh dilindungi dalam pelan yang berasingan dalam pakej yang sama contohnya, Pihak Pengurusan A, Pihak Pengurusan B dan seterusnya. Dengan ini, pihak pengurusan juga akan berasa lebih selesa dan terjamin dan akan terus kekal dalam syarikat walaupun mendapat tawaran gaji lebih besar.

Faedah Asas Perubatan
Kemasukan ke Hospital
Lindungi para pekerja anda dengan menyediakan pelan lengkap kemasukan hospital. Dengan pelan ini, mereka dijamin perlindungan perubatan yang mencukupi di masa ianya diperlukan.
Terdapat 5 pelan yang menarik dengan had-had keseluruhan tahunan dari RM20,000 hingga ke RM200,000. Ia memberikan anda pilihan untuk menyediakan pelan yang paling sesuai dengan pekerja anda. Anda juga mempunyai pilihan untuk menyediakan perlindungan kemasukan ke hospital untuk tanggungan pekerja.


Faedah Pilihan Perubatan
Penjagaan Pesakit Luar (Klinik Panel, GP - General Practitioner)
Rider ini menyediakan 2 pilihan untuk perlindungan perubatan pesakit luar bagi kedua-dua Klinik Panel GP dan Pakar. Dengan menyertai rider ini, pekerja anda (dan tanggungannya, jika ada) akan menerima kemudahan bagi kemasukan ke penjagaan di Klinik Panel yang berkualiti. Berserta dengan pelan kemasukan ke hospital, pekerja anda akan menikmati perlindungan penjagaan kesihatan yang komprehensif.




Faedah Asas Takaful Bertempoh
Kumpulan Faedah Takaful
Faedah Takaful Bertempoh menyediakan perlindungan kewangan kepada pekerja anda sekira berlakunya kematian yang tidak dijangka. Syarikat yang mempunyai bilangan pekerja di antara 11-150 orang akan diberi Had Tanpa Bukti sebanyak RM200,000 tanpa perlu melengkapkan Borang Perakuan Kesihatan Peribadi (Borang C). 
Kehilangan Upaya Kekal Menyeluruh
Sekiranya pekerja kehilangan upaya disebabkan oleh kecederaan atau penyakit, bayaran ganti rugi daripada faedah ini akan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pada masa tersebut. 
Kehilangan Upaya Kekal Sebahagian
Ganti rugi akan dibayar mengikut Skala Pampasan seperti yang dinyatakan di bawah Jadual Faedah sekiranya berlaku kehilangan upaya kekal sebahagian yang disebabkan oleh penyakit atau kemalangan. 
Penyakit Terminal
Pampasan akan dibayar sekiranya Ahli yang Dilindungi meninggal dunia disebabkan oleh Penyakit Terminal yang dihidapi dalam tempoh masa 12 bulan.
Perbelanjaan Penghantaran Pulang
Meliputi perbelanjaan untuk pengangkutan jenazah balik ke Negara Asal jika kematian berlaku semasa Ahli yang Dilindungi berada di luar Malaysia.



Faedah Pilihan Takaful Bertempoh Kumpulan
Penyakit Kritikal
Penyakit yang serius boleh menyebabkan kesulitan kewangan. Dengan diagnosis penyakit kritikal, ganti rugi akan dibayar. Ini akan membantu mengurangkan beban kewangan.

Faedah Pilihan Perubatan atau Takaful Bertempoh Kumpulan
Saringan Eksekutif
Sekarang anda mempunyai peluang untuk menyediakan faedah tambahan tahunan kepada pekerja anda. Penyaringan kesihatan ini merupakan langkah pencegahan, menyediakan maklumat perubatan yang munasabah untuk fokus terbaik bagi kesihatan.


Ciri-Ciri
Penjagaan Perubatan tanpa Bayaran Tunai (Klinik Panel GP dan Hospital Panel)
Perlindungan penjagaan perubatan pesakit luar tanpa bayaran tunai kepada Ahli/Tanggungan yang Dilindungi di mana-mana klinik Panel GP kami di seluruh negara. Dengan menunjukkan Kad ID Ahli AIA PUBLIC bersama kad pengenalan, Ahli/Tanggungan yang Dilindungi akan menikmati kemudahan penjagaan pesakit luar.
Semasa kemasukan ke hospital, Ahli/tanggungan yang Dilindungi akan terus menikmati kemudahan tanpa bayaran tunai kerana AIA PUBLIC menyediakan perkhidmatan mengeluarkan Surat Jaminan (SJ) kepada Hospital. Perkhidmatan SJ ini adalah pilihan dan disediakan untuk caruman yang lebih tinggi serta tertakluk kepada terma dan syarat.
Rangkaian Perubatan
Nikmati sokongan perubatan yang meluas daripada rangkaian klinik panel GP kami, yang strategik di seluruh negara. Rangkaian kami yang meluas, menawarkan akses mudah, pelbagai pilihan dan keselesaan. Rangkaian perubatan kami juga merangkumi semua hospital besar di seluruh negara.
Pusat Panggilan 24 Jam
Bagi pelanggan kami yang telah mendaftar dengan Faedah Hospital beserta dengan pilihan Surat Jaminan (SJ), sila hubungi Care Line kami di 1300 88 8933, jika anda memerlukan SJ untuk kemasukan hospital.
Jenis Pelan yang Fleksibel
Pilih pelan perlindungan perubatan dan Takaful Bertempoh yang ditawarkan, pelan yang memenuhi keperluan dan mengikut kemampuan anda.
Pemindahan Perubatan Kecemasan
Meliputi Ahli yang Dilindungi semasa dalam perjalanan ke luar negara. Jika berlaku apa-apa kecederaan serius atau penyakit di luar negara, American International Assistance Service Inc. (AIAS) boleh menguruskan dan membayar untuk Pemindahan Perubatan Kecemasan, yang meliputi pengangkutan, perkhidmatan perubatan dan bekalan perubatan perbelanjaan, ke kemudahan perubatan yang terdekat.

Ringkasan Pelan A-SME Platinum-i

* Sila KLIK pada gambar untuk besarkan view
Pelan A-SME Platinum-i
Pelan A-SME Platinum-i

A-SME Platinum-i
A-SME Platinum-i

AIA A-SME Platinum-i
AIA A-SME Platinum-i

Ringkasan Untuk Anda Faham:


A-SME Platinum AIA
Ringkasan AIA A-SME Platinum


A-SME Platinum-i ada 3 pilihan:

1) Takaful Nyawa dan Penyakit Kritikal (GTT)
2) Medical Card Company (GHS)
3) Klinik Panel (wajib diambil bersama Medical Card Company)



Takaful Nyawa dan Penyakit Kritikal (GTT) boleh pilih:
* Pelan1 : RM300,000
* Pelan2 : RM250,000
* Pelan3 : RM200,000
* Pelan4 : RM150,000
* Pelan5 : RM100,000
* Pelan6 : RM50,000
* Pelan7 : RM20,000

Medical Card Company (GHS) boleh pilih:

- Medical card staf sahaja
- Medical card pasangan (seorang isteri sahaja)
- Medical card staf dan anak-anak (unlimited bilangan anak)
- Medical card famili

* Pelan80 : Bilik RM80 + Had Tahunan RM20,000
* Pelan120 : Bilik RM120 + Had Tahunan RM25,000
* Pelan160 : Bilik RM160 + Had Tahunan RM45,000
* Pelan230 : Bilik RM230 + Had Tahunan RM75,000
* Pelan350 : Bilik RM350 + Had Tahunan RM150,000
* Pelan500 : Bilik RM500 + Had Tahunan RM200,000

Klinik Panel boleh pilih:
* Pilihan1: Klinik Panel Unlimited + Klinik Pakar RM1,500 setahun
* Pilihan2: Klinik Panel Unlimited + Klinik Pakar RM1,000 setahun
(bermaksud, jika mendapat rawatan di klinik panel,cashless dan unlimited. Tapi jika staf ingin berjumpa Doktor Pakar dengan terlebih dahulu mendapat surat Refer Letter dari doktor di Klinik Panel, bil untuk claim adalah maksimum RM1500 atau RM1000 bergantung pilihan klinik panel anda)

  • Untuk syarikat dengan bajet kecil, boleh ambil = Takaful Nyawa dan Penyakit Kritikal (GTT)
  • Untuk yang ada bajet untuk staf, boleh ambil = Medical Card Company (GHS)
  • Untuk yang ada bajet extra, boleh ambil = Medical Card Company (GHS) + Klinik Panel
  • Untuk yang betul betul sayangkan staf , ambil = GHS + Klinik Panel + GTT

Stop! anda tahu kenapa A-SME Platinum-i ini sangat recommended kepada HR syarikat anda?

1) Urusan tambah staf/buang staf boleh key-in dalam sistem oleh HR realtime (tak perlu isi borang bagai). Kami faham, staf bukan permanent, ada datang dan ada pergi sepanjang setahun umur polisi.
2) Urusan claim (jika ada), staf boleh submit guna Apps di handphone sendiri. Tak perlu borang dan submit ke pejabat HR. HR dah banyak kerja office nak buat. Staf claim sendiri guna e-claim dalam Apps handphone dan terus dapat claim dari AIA. HR senang, staf pun senang hati :)
3) Guna apps dari AIA untuk klinik panel:
- pilih klinik dalam senarai dan register klinik guna apps
- sampai klinik, tak perlu isi borang seperti biasa. Klinik dah dapat pesanan anda melalui apps dan terus tunggu giliran jumpa doktor (ala ala Grab Food dan Food Panda). Bijak kan?


Khidmat Rundingan, Boleh hubungi saya

* Setakat ini, Pelan AIA Public Takaful adalah terbaik....Insha Allah...
* Hubungi kami juga jika anda mahu 2nd Opinion untuk memilih yang terbaik untuk syarikat anda. FREE Quotation. Mudah Bincang...
* Satu Malaysia COVER ...yes saya memang cover semua tempat. No problem...


Saya perlukan info:
1- Adakah syarikat anda 1st time ambil polisi insurans syarikat?
2- Emel anda?
3- Nama Syarikat
4- Company Biz bidang apa?
5- Bilangan staf
6- Pelan dipilih?
Contoh:
5 director dan 1 ceo = Takaful Nyawa dan Penyakit Kritikal RM100K
20 staf = Takaful Nyawa dan Penyakit Kritikal RM20K
1 ceo = Medical card famili Pelan500 + klinik panel famili (pilihan 1)

5 director = Medical card famili Pelan230 + klinik panel pasangan (pilihan 2)
20 staf = Medical card staf Pelan160 + klinik panel staf sahaja (pilihan 2)

Sila whatsapp 6 info tersebut, dengan klik link di bawah

Whatsapp 6 info = <DIRECT WHATSAPP FAIRUZRAMLI>


Perhatian untuk Pelan A-Sme Platinum-i:


Syarikat berikut tak boleh mohon:
1- Syarikat Keselamatan
2- Syarikat Oil and Gas (kerja atas pelantar sahaja)

* Kecuali lebih 30 orang (kita boleh adjust custom plan untuk anda...special case)
* Lebih 30 orang juga boleh bincang untuk "custom plan". Tell me more what you want!


5 Langkah Mudah untuk berurusan dengan saya:


1) Whatsapp untuk mohon quotation = www.wasap.my/6013555888/QuotationASmePlatinum
2) Isi borang CDD + Excel info senarai staf + IC Owner and Person In Charge + Form9/15/17 + Form24/78 + Form49/58 + Payment dan emel kepada saya mfairuzramli[@]yahoo[dot]com
3) Pembayaran melalui Cek kepada = AIA Public Takaful Berhad

atau Online Transfer ke = Public Islamic Bank Berhad 3980007227
4) Aktifkan AIA @MyService Corporate Portal
5) Staf Aktifkan Apps myAIA



* Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana syarikat insurans dan takaful. Sila hubungi syarikat insurans dan takaful terlibat untuk maklumat lanjut. Semua maklumat dalam blog ini tidak dibenarkan untuk disebarkan atau diterbit semula tanpa kebenaran saya.