Jom Apply Insurans Anda Secara Mudah Online Sahaja! Whatsapp FairuzRamli 0134555888

Sebelum memulakan bicara, saya perkenalkan diri saya. Nama saya Fairuz Ramli. Saya merupakan Konsultan Profesional AIA Public Takaful. Saya personally dapati pakej dan kelebihan AIA Public Takaful adalah yang terbaik ketika ini. Jika anda buat research dan perbandingan, pasti banyak kelebihan di AIA Public Takaful. Saya tidak menjual insurans, saya konsultan anda. Apa tugas konsultan? Saya analisis risiko keperluan insurans anda dan saya cadangkan pelan yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda.
Salam perkenalan, dan selamat membaca :)

Notis Penting Kepada Customer Saya

Notis Penting Kepada Customer Saya / AIA Public Takaful


Tahniah kerana telah memilih AIA Public Takaful sebagai syarikat takaful yang melindungi diri anda dan keluarga anda. Salah satu syarikat insurans bertaraf ANTARABANGSA dan pelan yang ISLAMIK.

Medical card claim rejected
Claim Medical Card boleh di tolak / reject
Perhatian! Sila SAVE nombor ini. Anda mungkin tak perlukan sekarang, tapi apabila anda nak bertanya tentang medical card anda atau apa sahaja 24 jam, sila call nombor ini dan beri nombor IC anda (Sangat berguna bila anda nak suruh AIA cepatkan kelulusan GL anda masa tunggu sebelum masuk wad).

AIA Care Line 1300-88-8922
AIA Care Line Oversea +603 2056 1111

Juga sila Install dalam Android Handphone anda. Senang anda nak cari lokasi Hospital Panel AIA, no telefon hospital dan harga bilik di sana.

AIA Locator
AIA Locator Apps Boleh Download di App Store atau Google Play
<< Sila INSTALL Apps = AIA LOCATOR dalam handphone anda! >>
<< Sila INSTALL Apps = AIA LOCATOR dalam handphone anda! >>
<< Sila INSTALL Apps = AIA LOCATOR dalam handphone anda! >>

Ada beberapa perkara yang sangat-sangat penting dalam memiliki Medical Card AIA Public Takaful:

1) Cooling Period. Anda boleh menarik diri/cancel ambil takaful dalam masa 14 hari selepas terima buku polisi+kad anda. Anda boleh maklumkan kepada saya jika nak cancel dan deposit anda dipulangkan semula (bukan serta merta, amik masa AIA pulangkan).

2) Cooling Period untuk syarikat insurans (AIA Public Takaful). Syarikat boleh menarik diri juga dalam tempoh 4 bulan daripada tarikh polisi berkuat kuasa. Oleh kerana syarat ini, maka dinasihatkan kepada semua customer tidak membuat claim PENYAKIT KRITIKAL seawal 4 bulan dari tempoh polisi bermula/tarikh polisi berkuatkuasa. Adalah tidak logik penyakit kritikal hanya wujud dalam tempoh 4 bulan ini, melainkan anda dengan sengaja TIDAK DECLARE kewujudan penyakit tersebut (sama ada anda tau atau tak tau, bermakna penyakit telah wujud sebelum ambil polisi. Jadi polisi tak cover penyakit sedia ada!).

Dalam masa 4 bulan atau 120 hari ni, status penggunaan Medical Card adalah Pay and Claim (utk Warded dan Outpatient Kemalangan). Tak boleh masuk hospital free/Free Admission. So dinasihatkan teruskan pembayaran dan jangan guna dulu medical card anda untuk smooth kan rekod permohonan Medical Card anda (Anda kena faham, belum approve penuh lagi...masih dalam tempoh Cooling Period lagi ye). Untuk kes emergency, No Problem, contohnya= kene Demam DENGGI dan Kemalangan...

30 Hari Pertama = Cover Kemalangan sahaja (Pay and Claim)
31-120 Hari = Kemalangan DAN Warded Penyakit Disebabkan Virus (Contoh demam Virus/Viral Fever). Anda boleh Pay and Claim (Belum FREE lagi ye). Hati-hati, jika penyakit tersebut adalah bukan virus (berkemungkinan Penyakit Kritikal), dan mungkin kene reject dan kene tunggu result Doctor Medical Report.


Perlu diingat juga, supaya tidak claim penyakit berkaitan TONSIL dalam tempoh 4 bulan. Takut nanti akan di exclude/kecualikan kan daripada rawatan selepas ini. Dalam masa 4  bulan pertama sila maklumkan kepada saya sebelum masuk ke Hospital Panel. (sebenarnya bawah 2 tahun pun masih tak selamat untuk dapatkan rawatan berkaitan Tonsil...AIA pasti akan siasat rekod perubatan berkaitan tonsil anda sebelum luluskan GL. Recommendation saya, lepas 2 tahun baru try guna Medical Card untuk kes berkaitan Tonsil).

3) Pastikan urusan menggunakan Medical Card adalah JIKA ANDA ADMIT/MASUK WAD sahaja ye. Urusan rawatan pesakit luar atau rawatan 15 minit, 1-2 jam tidak di cover oleh Medical Card kecuali kemalangan (kemalangan kena Pay and Claim jika tidak warded).

Medical Card hanya boleh digunakan jika anda admit/masuk wad walaupun sehari! Jangan terkeliru ye.

4) Macam mana dengan situasi jika mengalami kemalangan (jalanraya, jatuh pokok, kene mesin dan apa-apa la jenis kemalangan) ? Ya, anda masih dilindungi walaupun KEMALANGAN bukanlah PENYAKIT. Anda akan dianggap sebagai Rawatan Pesakit Luar yang DI COVER walaupun TAK WARDED. Namun, anda perlu bayar terlebih dahulu dan claim kemudian (Pay and Claim). Ingat, kena bayar dulu dan claim kemudian.

5) Sila gunakan Hospital Panel sahaja melainkan anda mengalami KEMALANGAN dan URUSAN URGENT. Ini kerana anda terdedah kepada CLAIM DITOLAK kerana ada klausa-klausa yang tidak dilindungi oleh AIA. Dua keburukan menggunakan Hospital Bukan Panel:

i- Bayar sendiri dulu (gunakan cash atau credit card anda dahulu). Boleh claim kemudian, tapi bukanlah dapat dalam masa cepat. Ambil masa untuk diproses. Anda perlu bayar rawatan dan dokumen report doktor yang diperlukan untuk claim. Banyak kerja tapi selepas anda dapatkan dan bayar semua dokumen dan bil, barulah saya boleh bantu anda buat claim dari AIA.


ii- Mungkin claim akan ditolak kerana tidak memenuhi syarat boleh claim dan lain-lain lagi. Hospital Panel arif bab-bab ini dan senang berurusan dengan hospital panel. Mereka akan maklumkan jika ada klausa tidak dipenuhi sebelum rawatan atau caj dikenakan.

Nasihat saya...TOLONGLAH jangan berurusan di Hospital Bukan PANEL jika tak URGENT.

6) Bayaran Polisi anda adalah mengikut tarikh kelulusan oleh AIA. Jadi tak boleh nk pilih 25hb ke 1hb ke...cadangan saya ialah kita submit 3 hari awal dari tarikh yang tuan selesa nak bayar. Ini strategi sahaja.

Cuba tengok tarikh dan cara potongan AIA Public Takaful untuk Autodebit Akaun atau Credit Card:



Due Date
Tarikh Potongan
Cubaan Potongan Kali ke 2
Cubaan Potongan Kali ke 3
Cubaan Potongan Kali ke 4
http://insuranstakafulmurah.blogspot.my
04hb - 14hb
08hb
15hb
22hb
28hb
15hb - 21hb
15hbh
22hb
28hb
08hb
22hb - 28hb
22hb
28hb
08hb
15hb
29hb - 03hb
28hb
08hb
15hb
22hb

* Hati hati dengan Tarikh Due Date jika anda bayar secara Manual (maybank2u atau Kaunter AIA), kerana jika anda LEWAT BAYAR dari tarikh due date, berkemungkinan bila anda nak warded ada problem. So, jaga pembayaran masing masing untuk elakkan MASALAH. Bukan isu bayar tak bayar ya tapi ON TIME atau LEWAT. Elakkan konflik di masa hadapan atau masa susah nak guna Kad Perubatan nanti.

TANGGUNGJAWAB ANDA = Bayar POLISI ON TIME tarikh due date...jangan cari pasal. Dah banyak kes emergency bil ribu ribu tapi kene PAY AND CLAIM walaupun warded!!! sebab client bayaran tertunggak. Mohon jasa baik tidak ungkit kerana benda kecil seperti ni boleh menyukarkan situasi anda. Saya PESAN AWAL supaya kita beringat ye.


7) Sila POS SEGERA kepada saya jika dah dapat dokumen Medical Report (jika ada) dan Resit bayaran daripada Hospital. Ada KERANI akan proseskan segera claim anda. Isi Borang Claim Ini:
    A) Jika Claim sebab anda kemalangan        = Klik <SINI>
    B) Jika Claim sebab anda sakit masuk wad = Klik <SINI>

* Perlu di ingat, bil rawatan dan ubat ubatan (ubat rawatan sakit anda sahaja, kalau ubat untuk sokongan/kesihatan tambahan dan vitamin tak cover ye) boleh claim No Problem. Tapi.....kalau ada kes tertentu dan AIA tak percaya/ ragu ragu/ perlukan Pengesahan Medical Report daripada Doktor bertugas, maka anda perlu MOHON kepada Hospital Panel yang anda masuk (call pun boleh), untuk Mohon Dokumen Medical Report ini. KOS MEDICAL REPORT ditanggung oleh anda dan TAK BOLEH CLAIM. (akan dimaklumkan jika diminta...kalau tak minta, ok jer...claim proses terus...biasanya tak minta)

Pos segera ke:

attn: FairuzRamli (Urusan Claim)
Ikhwan Advisor Group
AIA Premier Office
Level 12 Menara Zenith
Jalan Putra Square 6
25200 Kuantan, Pahang

013-4555888

7) Sentiasa bawa Medical Card anda ke Hospital Panel. Sangat sukar berurusan jika hanya bawa Kad Pengenalan. Jika hilang, segera maklumkan kepada saya untuk buat semula dengan kos RM10.60 (siap dalam masa 2-3 bulan! Lama ye...so jangan hilangkan).

8) Sediakan DEPOSIT RM300 ke RM500 ye nak Check in Wad Hospital Panel. Ya, macam Check in Hotel yang kita kene bayar RM50 ke RM100 tu..bila Check out die pulangkan balik. Tak Semua Hospital Panel Terima Kemudahan Swipe Medical Card AIA sebagai deposit. Nak buat macam mana, HAK HOSPITAL berkeras tak nak terima DEPOSIT dalam bentuk digital. Die nak jugak CASH DUIT anda tu...nanti bile check-out die pulangkan lah sebab DEPOSIT ni bukan duit rawatan.
*p/s: Setakat saya saja call di Hospital Panel area Seremban, hanya Mawar Renal Medical Centre yang terima Swipe Kad AIA dan tak payah bayar deposit....satu lagi kalau di Pahang di KPJ Kuantan Specialist...kuasa memilih ditangan anda...tak payah bayar apa apa bila masuk wad...deposit pun tak payah....terbaikkkk.... 

9) Perhatian! Semua jenis rawatan SELAIN masuk wad, tidak di cover melainkan KEMALANGAN dan semua kemalangan yang tidak warded adalah JENIS PAY AND CLAIM ye.

10) Jika Medical Card anda cover BILIK RM150...anda perlu faham, jika anda masuk bilik RM200, perbezaan RM50 anda perlu bayar sendiri dan TAK BOLEH claim. Pilihlah yang bersesuaian. Bilik wad hospital swasta ni macam Hotel juga. Bajet anda kurang, janganlah minta bilik 5 Star hehe. Jika anda nak upgrade harga bilik, sila hubungi saya (harga bayaran bulanan akan berubah lah ye..mestilah lagi mahal bilik, lagi mahal bayar bulanan). Ketika ini RM150 adalah harga normal tapi ada hospital tertentu yang harga lebih tinggi dan ada juga yang ada bilik bermula RM80 sahaja (Sila telefon Hospital Panel untuk semakan harga mereka. Macam telefon harga bilik Hotel juga).

11) Telefon dulu Hospital Panel tanya kekosongan wad sebelum pergi..jangan walk-in ye. Kadang-kadang penuh, sila ke hospital panel yang lain berhampiran. Tanya juga bilik yang available tu harga berapa? Matching tak dengan coverage bilik Medical Card anda? Rujuk senarai Hospital Panel <DI SINI>

Hospital KMC (Kuantan Medical Centre 09-5678588)
Hospital Pakar Kuantan (Kuantan Specialist Hospital Jalan Alor Akar 09-5678588)


12) Bila nak masuk wad, sila bawa:

1- Tuala
2- Tuala kecil dan mangkuk air (jika nak tuam anak demam)
3- Tisu
4- Selipar
*(semua ni boleh mintak kat Hospital tapi memang kene bayar/caj masa keluar nanti. Insurans tak cover barang barang keperluan yang bukan untuk rawatan ye). Mohon bawak la sendiri dari rumah. Ala macam nak masuk homestay la kiranya. Hospital ni sediakan bilik dan rawatan sahaja ye. Semua benda lain die caj!Biasa diorang akan potong duit deposit masa mula mula masuk wad yang RM300 tu.

13) Bila nak masuk Hospital Panel nanti, anda akan kene isi borang tuntutan (Biasa Kaunter Hospital Tolong ISIKAN). Tolong bawak Kad Medical bersama...

14) Perlu diingat, ada masa dan ketika (SITUASI TERTENTU), GL anda di tolak dan anda perlu bayar sendiri dahulu (Walaupun anda tahu patutnya dapat masuk FREE). Ini adalah kerana Kes Admit Wad anda perlu untuk DISIASAT terlebih dahulu dan AIA ingin lihat apa full medical report dari Doktor sebelum buat keputusan kes ini FREE atau TIDAK DI COVER. Mungkin ada sakit lama yang tak declare, mungkin disiasat atas faktor kurang maklumat penyakit tersebut untuk buat keputusan dan mungkin juga, penyakit nak admit wad ini ada kaitan dengan penyakit lain yang ada dalam rekod perubatan...Nak buat macam mana, terpaksalah bayar dahulu. Tapi bukanlah setiap masa.....hanya kes tertentu yang AIA nak siasat sahaja ye.

15) Jika anda mengalami kemalangan dan sakit belakang atau sakit pinggang. Ini nasihat saya, sila maklum SECARA JELAS bahawa ini KEMALANGAN dan sentiasa beritahu Doktor merawat supaya meletakkan perkataan kemalangan dalam laporan beliau, kerana akhir akhir ini, banyak kes begini, doktor tulis = Back Pain or Slip Disc yang mana, kesannya ialah AIA tak cover sebab perlukan siasatan lebih lanjut. Padahal ini adalah kemalangan. Sedikit masalah teknikal begini kesannya begitu besar. Saya ulangi, JIKA KES SAKIT BELAKANG ATAU SAKIT PINGGANG, sila MAKLUMKAN SECARA JELAS DAN SEMAK MEDICAL REPORT DOKTOR untuk perkataan = Kemalangan ye! Jangan Back Pain atau Probably Slip Disc sahaja!

* NASIHAT SAYA.....Jika anda baru sahaja ambil medical card bawah 2 tahun, sentiasalah MAKLUMKAN secara PERIBADI kepada DOKTOR yang merawat anda, bahawa Medical Card anda TAK SAMPAI DUA TAHUN...Mohon Pertimbangan yang bersesuaian ye Doktor :)

Tunggu....

Apakah Pengecualian yang boleh menyebabkan AIA Tak COVER atau Tak Bayar CLAIM anda?
--> Wajib Tahu...Sila Baca <SINI>


Akhir sekali Pesanan saya:

Tanggungjawab anda adalah memastikan bayaran bulanan tak sangkut. Elakkan polisi lapse atau polisi expired....kalau lapse memang masalah. Boleh menyebabkan rekod kesihatan sebelum ni dah tak cover dan kene mohon baru semula (kene bayar deposit macam orang baru mohon). Kan dah rugi sangat sangat.....jangan cakap saya tak pesan ok!

Kalau anda cadang nak cancel Polisi anda sila hubungi saya. Jangan biarkan tak bayar sampai lapse. At least ambil balik duit investment yang ada dalam akaun investment medical card anda. Duit tu duit anda...jangan biarkan duit anda burn begitu sahaja kerana anda tak mahu lagi polisi tu. Saya tak ada masalah kalau anda nak stop polisi. Saya akan bantu anda dapatkan bahagian investment yang masih ada.


Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya.  Dilarang untuk disebarkan kepada orang ramai.

Mohon semua customer saya jelas dan sentiasa berhubung dengan saya untuk Khidmat Nasihat. Semua Insurans bukan perfect, kita perlu faham apa yang cover dan tak cover.

Target Kita Adalah untuk mempunyai POLISI yang berumur LEBIH DUA TAHUN!!!
Start Now....





Copyright © Insurans AIA Public Takaful dan Medical Card Keluarga Murah Designed by azhafizah.com