Pengecualian Insurans Takaful AIA

Pengecualian Insurans Takaful AIA

Beberapa perkara yang anda wajib tahu yang boleh menyebabkan claim anda ditolak oleh Insurans AIA Public Takaful dan anda kena bayar sendiri.

pengecualian insurans takaful AIA Public Takaful
Hati-hati perkara yang menyebabkan claim insurans takaful medical card anda ditolak


Pelan insurans takaful AIA Public takaful tidak melindungi sebarang kemasukan ke hospital, pembedahan atau bayaran yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau separuh, oleh mana-mana satu daripada kejadian berikut:

1- Penyakit sedia ada.
Sama ada anda tahu atau tak tahu.

2- Penyakit tertentu

3- Sebarang keabnormalan perubatan atau fizikal yang wujud pada masa kelahiran. Sebarang keadaan kongenital yang telah wujud sebelum mencapai umur 17 tahun.

4- Sebarang kecacatan yang disebabkan oleh kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

5- Peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, mogok, rusuhan, perang saudara, revolusi atau mana-mana operasi seakan peperangan atau pemulihan ketenteraman awam.

6- Perkhidmatan dalam angkatan tentera dalam masa diisytiharkan atau tidak diisytiharkan perang atau semasa di bawah arahan seakan peperangan atau pemulihan ketenteraman awam.

7- Sebarang perlanggaran atau percubaan melanggar undang-undang atau menentang ketika ditahan.

8- Kehamilan, keguguran atau kelahiran anak dan yang berkaitan dengannya.
Kecuali anda ambil rider A-Plus Venus Extra-i (kena bayar lebih lah)

9- Gangguan mental atau saraf, rawatan ketagihan alkohol, salah guna dadah atau apa-apa komplikasi yang timbul daripadanya atau apa-apa kemalangan akibat dadah yang tidak dipreskripsi oleh doktor yang merawat.

10- Pembedahan plastik/kosmetik, berkhatan (kecuali berkhatan akibat jangkitan), pemeriksaan mata,/pembedahan elektif untuk gangguan visual disebabkan oleh rabun dekat, rabun jauh atau keastigmaan atau radisu keratotomy, semua kaca pembetulan, kanta sentuh dan kanta intraokular (kecuali intraokular mono-fokus dalam katarak) pembedahan atau penggunaan peralatan atua peranti prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, dan preskripsi yang serupa dengannya.

11- Sebarang bentuk rawatan atau pembedahan pergigian melainkan perlu dilakukan akibat kecederaan tetapi tidak termasuk penggantian gigi asal, penggantian gigi palsu dan perkhidmatan prostetik seperti "bridges" dan korona "crowns" atau penggantiannya.

12- Kemasukan hospital untuk tujuan pemeriksaan, diagnosis, pemeriksaan X-Ray, pemeriksaan fizikal yang tiada kaitan dengan rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan dan rawatan pencegahan, vitamin dan makanan tambahan dan rawatan spesifik untuk menurun atau menambah berat badan.

13- Sebarang rawatan atau siasatan yang tidak perlu dari segi perubatan atau penyembuhan, penjagaan atau rehat pulih.

14- Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang timbul dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyertaan atau tarikh mula sijil polisi.

15- Sinaran pengion atau pencemaran oleh radioaktif dari sebarang tenaga nuklear atau sisa nuklear dari proses pembelahan nuklear atau dari sebarang bahan senjata nuklear.

16- Rawatan Pesakit Luar/Rawatan Sejam Dua
Pastikan rawatan anda adalah warded atau masuk wad...barulah AIA cover. Jika rawatan pesakit luar ni biasa murah. Anda bayar sendiri sahaja lah...AIA bayar bil yang mahal-mahal tu.



Dapatkan Perlindungan Takaful Medical Card daripada Konsultan yang mahir dan arif.

Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/PakarTakafulAIA
 
Jika Anda SERIUS nak mulakan Polisi Takaful AIA,
Semak Dahulu Harga! (Free Quotation)

Sila whatsapp saya untuk mohon quotation percuma. Saya bantu anda, jom....Plan now!

6 Info diperlukan:

Nama Penuh
Tarikh Lahir
Nama Penuh Jawatan Pekerjaan
Taraf Merokok ya/tidak
Taraf Kesihatan Sekarang
Bajet sebulan

Contoh:
Ali bin Ahmad
11/03/1980
Technician Aircond  <-- jangan technician sahaja.Pastikan nama penuh
Tidak
Sihat
RM300

whatsapp ke = www.wasap.my/60134555888/QuotationMedicalCard


* Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana syarikat insurans dan takaful. Sila hubungi syarikat insurans dan takaful terlibat untuk maklumat lanjut. Semua maklumat dalam blog ini tidak dibenarkan untuk disebarkan atau diterbit semula tanpa kebenaran saya.